Reka bentuk Dassault_Rafale

Sistem pertempuran

Sistem persenjataan pada pesawat Rafale.

Pesawat Rafale membawa, untuk pertama kalinya dalam sejarah penerbangan, sistem ikhtiar hidup elektronik bersepadu yang dinamakan SPECTRA yang memempunyai ciri teknologi halimunan maya berasaskan perisian. Penderia yang paling penting adalah radar berbilang mod imbasan elektronik pasif Thales RBE2. Thales mendakwa telah tahap kesedaran situati yang tidak pernah terjadi melalui pengesanan dan penjejakan awal berbilang sasaran udara untuk serangan dekat dan pemintasan jarak jauh, disamping peta 3D generasi masa sebenar berdasarkan permukaan tanah dan peta perincian tinggi bumi bagi generasi masa sebenar untuk kegunaan navigasi dan sasaran.

Walau bagaimanpun, dalam keadaan di mana pengurusan tanda pengenalan diperlukan, pesawat Rafale akan menggunakan beberapa sistem pengesan pasif.

Sistem optik-elektro sektor hadapan yang dibangunkan oleh Thales berintegrasi sepenuhnya di dalam pesawat dan boleh dioperasi dalam jarak gelombang yang boleh dilihat dan jarak gelombang infra merah.

Sistem peperangan elektronik SPECTRA, dibangunkan bersama oleh Thales dan EADS Perancis, memberi pesawat aset survival tertinggi dalam menentang ancaman dari darat. Rantaian data masa sebenar membolehkan komunikasi tidak hanya ke pesawat lain tetapi juga dengan pusat kawalan dan arahan tetap dan bergerak. Untuk misi-misi yang memerlukannya, pesawat Rafale akan menggunakan pod pengenalan laser/optik-elektro DAMOCLES yang berkebolehan menggunakan Bom Panduan Laser sama ada pada waktu siang atau malam. Pada masa ini, Tentera Udara Perancis merancang pesawat Rafale akan membawa senjata jenis stand off dan Bom Panduan Laser akan dikendalikan oleh pesawat Dassault Mirage 2000.

Pesawat Rafale menggunakan sistem utama Avionik Modul Bersepadu juga dikenali sebagai (Unit Pemprosesan Data Modular). Rekabentuk ini menempatkan semua fungsi utama pesawat seperti sistem pengurusan penerbangan, penggabungan data, kawalan tembakan, Antara Muka Manusia-Mesin, dsb.[4].

Kokpit

Kokpit pesawat ini menggunakan kerusi lenting Mark16F "zero-zero" buatan Martin-Baker. Ini bermakna kerusi lentingan ini boleh digunakan pada kelajuan dan ketinggian sifar. Kerusi ini dicondongan sebanyak 29-darjah kebelakang untuk memperbaiki daya tahan melawan Daya-G. Kanopi akan dibuka kearah kanan. Sistem penjaaan oksigen dalaman disediakan, oleh itu keperluan untuk tabung oksigen berbilang adalah tidak perlu.[5]

Kokpit pesawat Rafale mengandungi Paparan Pandang Atas (HUD) holographic yang lebar dan 2 Paparan Pelbagai Fungsi panel-rata di bawahnya. Bagi paparan antara muka, juruterbang boleh memasukkan input melalui sentuhan tangan. Selain itu, pada masa akan datang juruterbang akan dilengkapkan dengan Paparan Lengkapan Helmet.

Juruterbang menerbangkan pesawat menggunakan kayu kawalan tepi yang diletakkan di sebelah kanan dan pendikit di sebelah kiri. Ia menggabungkan kawalan HOTAS (Hands On Throttle And Stick). Kokpit Rafale juga dirancang akan termasuk Input Suara Terus, yang mana membolehkan juruterbang bertindak memberi arahan dengan menggunakan suara.

Ciri merendahkan kesan radar

Sungguhpun pesawat ini bukan pesawat halimunan sebenar, pesawat Rafale mengurangan kesan jejak pada radar sama seperti pesawat F/A-18 Super Hornet dan Eurofighter Typhoon. Mengikut syarikat Dassault, walaupun kebanyakkan reka bentuk halimunan adalah rahsia, penggunaan bahan komposit secara extensif dan corak yang bergerigi di hujung ekor dan sirip kecil membantu dalam merendahkan keratan rentas bentuk pesawat pada radar.[6]

Taraf

Penghantaran awal pesawat Rafale M adalah standard F1 ("France 1"). Ia bermakna pesawat ini sesuai untuk digunakan dalam pertempuran udara-ke-udara, menggantikan pesawat usang F-8 Crusader sebagai pesawat pejuang yang beroperasi di atas kapal pengangkut pesawat Tentera Laut Perancis. Pesawat ini tidak dilengkapkan dengan senjata untuk beroperasi dalam misi udara-ke-darat. Penghantaran selanjutnya (kepada Flotille 11 selepas 2007) adalah standard "F2", berupaya untuk melaksanakan operasi udara-ke-darat. Ia akan menggantikan peranan pesawat Dassault-Breguet Super Etendard untuk tugas serangan darat dan Dassault Etendard IVP untuk tugas tinjauan. Ini bermakna pesawat Rafale M adalah satu-satunya pesawat tempur kepak kaku yang diterbangkan oleh Tentera Laut Perancis. Tentera Laut Perancis bercadang untuk menaik taraf semua pesawat Rafale kepada taraf "F3", yang dilengkapi radar mengikut-permukaan 3-Dimensi dan muatan senjata nuklear, seawal-awalnya pada awal 2010.

Pesawat Rafale C pertama yang dihantar kepada Tentera Udara Perancis, pada Jun 2005, adalah untuk mengantikan model "F2". Dipercayai proses naik taraf pesawat "F2" (sama kepunyaan tentera laut) akan dilakukan pada masa hadapan. Pesawat Rafale ini menggantikan pesawat SEPECAT Jaguar, Dassault Mirage F1 dan Mirage 2000 dalam Tentera Udara Perancis.

Rujukan

WikiPedia: Dassault_Rafale http://www.estadao.com.br/nacional/not_nac115010,0... http://www.airforce-technology.com/projects/rafale... http://www.airtoaircombat.com/detail.asp?id=4 http://www.dassault-aviation.com/en/defense/rafale... http://www.dassault-aviation.com/en/defense/rafale... http://www.dassault-aviation.com/en/defense/rafale... http://www.dassault-aviation.com/fileadmin/user_up... http://www.dassault-aviation.com/fileadmin/user_up... http://www.dassault-aviation.com/wp-content/blogs.... http://www.dassault-aviation.com/wp-content/blogs....